Saturday, August 25, 2012

Wire tucking 4G93

Entry kali ni aku nk berkongsi dengan korang berkenaan dengan wire tucking.. Istilah wire tucking ni senang citer sembunyi wiring engine supaya engine bay kelihatan kemas, cantik, segak, hensem dan sebagainya. Kebanyakkan wire tucking ni dibuat oleh mat saleh - mat saleh dekat engine honda dan seangkatan dengannya. Jarang sekali gambar wire tucking dalam internet buat dekat engine selain dari honda. Selepas seminggu aku asyik surfing internet tengok gambar wire tucking engine, aku pon berhajat untuk buat dekat engine keta gti aku. Kerja-kerja wire tucking engine keta aku ni mengambil masa lebih kurang 2 bulan sebab kerja-kerja hanya dibuat ketika lewat pagi dan hujung minggu saja. Waktu lain sibuk dengan kerja ofis la..  Firstly aku start dengan pilih colour untuk aku spray engine bay dan juga rocker cover engine. Seterusnya baru bermula kerja-kerja wiring semula wire body dan fius box dan juga wiring engine sampai la siap semuanya... Tp perlu diambil perhatian, bila dah bawak kuar engine tu, elok laa.. overhaul terus supaya puas hati!!!! Selamat mencuba..!!

Kerja-kerja menanggal kesemua wiring dan engine kemudian sembur under coat engine bay.

Kerja-kerja sembur cat engine bay.

Kerja sembur cat engine bay 80% siap.

Kerja sembur cat engine bay siap.

Kerja memasang engine semula dan wiring.

Engine dan keseluruhan wiring siap dipasang @ wire tucked.










Siap kerja-kerja wire tucking.

Sunday, July 8, 2012

Skyfero Ganas


Dah lama aku tak menulis blog, so kali ini aku tergerak untuk meng'update' blog aku. Untuk entry hari ini, aku nak tunjuk gambar kereta member aku. Kereta dia ni memang nampak gila sebab tuan dia memang gila kereta. Tak penah di buat orang.. tapi kawan aku buat!! Itu lah kelebihan yang terdapat pada kereta ini. Bila berada di jalanraya.. mat rempit memang tak brani follow belakang.. takut masing-masing muka jadik hitam. Dengan bernadikan enjin SR20DETT.. kuasa pecutan yang ada pada kereta ini memang gila.. dengan dentuman bunyik ekzos yang menghala ke langit.. ibarat cucuk langit.. apa-apa pun kereta ini pernah menapau sebijik evo 9... kemungkinan besar joki evo 9 tu tergamam lalu mengangkat padel minyak sebab melihat ekzos kereta kawan aku ini.. dengan mudah evo 9 itu di tapau... Gelaran yang diberikan kepada kereta ini adalah 'SKYFERO'

Wednesday, February 4, 2009

Colouring Rocker Cover

Smalam aku borink giler, taktau ape nk buat.. aku pon bukak la majalah kereta.. bile tgk2 enjin diorg dlm majalah tu.. naik berbulu aku enjin diorg cantik2.. berkaler2.. then aku pon lalu cergas pergi membeli cat spray spakling blue & silver hi-temp 650 degree, sand paper no. 350, gam gasket silkolene. Sblm nk cat rocker cover ni, korang kenelaa bukak dulu then cuci dgn sabun sbb nnti minyak tak tanggal, cat taknak lekat plak. Korang gosok2 la rocker cover ni smpai luka tgn. Bile dah gosok.. mula la kite mengecat. Spray silver dulu utk dapatkan effect metalic walaupun dlm cat biru tu ade sparkling. bile dah spray sume.. tunggu la kering.. untuk pasang semula rocker cover ni.. korang kene buang semua gam gasket lama.. kikis smpai licin.. kerja biar kemas.. then letak gam gasket baru.. tunggu dlm 15minit.. then pasang.. ikat kemas2 bolt size 10 tu.. siap kerja kita!.. selamat mencuba

Thursday, November 20, 2008

Suka-suka Drift at some place


Semalam lepas balik keje je.. aku pon terasa boring.. taktau nk buat ape.. tetibe kawan col ajak buat photo shoot drift kt area-area town.. aku pon tanpa segan silu menyahut cabaran drift tu.. machine yg digunakan adalah kete lagenda AE86.. dengan bernadikan 4AGE 1.6cc, ianya amat mudah skali untuk diapungkan.. ape yg perlu aku lakukan adalah hanya mengawal steering dan angle supaya tak over counter. Puas aku membelasah selekoh layang sambil disaksikan oleh segerombolan pasukan JPA yg sedang berkawad. Aksi-aksi aku ni telah berjaya menyebabkan diorang stop dr berkawad. Hahahaha.... Jeritan demi jeritan enjin dan geseran tayar membuatkan kehadiran kami tidak disenangi.. dan kami pon berlalu pergi.. adios.. drift for life!!

Saturday, November 1, 2008

Gathering Raya gengturbo.org

Pada raya ketiga 2008, organisasi gengturbo.org telah mengadakan satu perjumpaan di stadium alor setar. Aku pegi dgn cousin aku mat yani. Ramai jgk yg turun temasuk otai-otai gengturbo. Perjumpaan ini telah memberi peluang untuk para hadirin yang hadir untuk bertukar2 ilmu teknikal dan jgk menilai kemampuan kereta masing-masing. Bile aku sampai di sana je.. yang menarik perhatian aku ialah KIA picanto turbo.. huyyoo.. bolt on turbo. Owner keta ni nama dia akat.. mmg lain dari yg lain. Di akhir-akhir acara ialah acara tunjuk enjin.. hehhe tp ramai dah balik.. aku pon balik sbb jauh lagi perjalanan.. tp sempat jugak kami bergambar bersama-sama. Majulah sukan bermotor malaysia! belilah barang original

Rim Enkei RS


Dah sebulan aku tukar rim kete aku. Skrg ni aku pakai rim enkei RS. Rim enkei ni ade dua jenis iaitu buatan malaysia dan japan. Tapi yang terbaiknya japan la.. senang je nk beza buatan malaysia dan japan ni.. just tgk lugs die je.. kalo 4 lugs mcm rim aku ni, dah tentu laa original japan. Kalo 8 lugs, tiruan taiwan atau cap ayam malaysia. First time aku angkat rim ni.. mak aii ringan beb.. berbeza dgn rim lama aku yg cap ayam tu (ICE). Hari ni aku hantar rim aku ni untuk refurbish.. kasi cantik skit.. lepas ni kalo ade rezeki skit, aku nk pakai advan rg atau ssr type c. Tapi harga die mak aii.. buat hantaran kawen lg bagus..

Need More Power???

Ok kepada korang sume yg nak mengupgred kete masing2.. disini aku nk kongsi teknikal knowledge aku ngan korang. Kalo korang nk budget modified enjin.. korang bleh pakai 4g93 dari body galant viento. Half cut senang didapati... terdapat byk kelebihan 4g93 viento dgn 4g93 lancer gsr. First skali.. standard HP die lebih sikit dr 4g93 lancer gsr iaitu sebanyak 144HP on wheel.. jadik bile siap2 pasang enjin je.. korang dah bleh atur game. hahaha.. stakat gti standard, boleh makan punye. kalo sesape yg nk tau lebih lanjut, just email me..