Saturday, August 25, 2012

Wire tucking 4G93

Entry kali ni aku nk berkongsi dengan korang berkenaan dengan wire tucking.. Istilah wire tucking ni senang citer sembunyi wiring engine supaya engine bay kelihatan kemas, cantik, segak, hensem dan sebagainya. Kebanyakkan wire tucking ni dibuat oleh mat saleh - mat saleh dekat engine honda dan seangkatan dengannya. Jarang sekali gambar wire tucking dalam internet buat dekat engine selain dari honda. Selepas seminggu aku asyik surfing internet tengok gambar wire tucking engine, aku pon berhajat untuk buat dekat engine keta gti aku. Kerja-kerja wire tucking engine keta aku ni mengambil masa lebih kurang 2 bulan sebab kerja-kerja hanya dibuat ketika lewat pagi dan hujung minggu saja. Waktu lain sibuk dengan kerja ofis la..  Firstly aku start dengan pilih colour untuk aku spray engine bay dan juga rocker cover engine. Seterusnya baru bermula kerja-kerja wiring semula wire body dan fius box dan juga wiring engine sampai la siap semuanya... Tp perlu diambil perhatian, bila dah bawak kuar engine tu, elok laa.. overhaul terus supaya puas hati!!!! Selamat mencuba..!!

Kerja-kerja menanggal kesemua wiring dan engine kemudian sembur under coat engine bay.

Kerja-kerja sembur cat engine bay.

Kerja sembur cat engine bay 80% siap.

Kerja sembur cat engine bay siap.

Kerja memasang engine semula dan wiring.

Engine dan keseluruhan wiring siap dipasang @ wire tucked.










Siap kerja-kerja wire tucking.

Sunday, July 8, 2012

Skyfero Ganas


Dah lama aku tak menulis blog, so kali ini aku tergerak untuk meng'update' blog aku. Untuk entry hari ini, aku nak tunjuk gambar kereta member aku. Kereta dia ni memang nampak gila sebab tuan dia memang gila kereta. Tak penah di buat orang.. tapi kawan aku buat!! Itu lah kelebihan yang terdapat pada kereta ini. Bila berada di jalanraya.. mat rempit memang tak brani follow belakang.. takut masing-masing muka jadik hitam. Dengan bernadikan enjin SR20DETT.. kuasa pecutan yang ada pada kereta ini memang gila.. dengan dentuman bunyik ekzos yang menghala ke langit.. ibarat cucuk langit.. apa-apa pun kereta ini pernah menapau sebijik evo 9... kemungkinan besar joki evo 9 tu tergamam lalu mengangkat padel minyak sebab melihat ekzos kereta kawan aku ini.. dengan mudah evo 9 itu di tapau... Gelaran yang diberikan kepada kereta ini adalah 'SKYFERO'